Terima thermometer dan telur ayam kampong
Gembira hati bila aku received thermometer 4 hari selepas order. aku de upload gambar thermometer tu kat bawah. Hampir 2 minggu aku tunggu telur ayam kampung..penat..aku dh order telur tu dr seorang makcik ni, after a week die bagitau telur xde stock..hari ini aku nekad tuk cari orang lain yang boleh supply telur ayam kampung pada aku. Alhamdulillah aku dapat beli 20 biji dengan harga RM1.5 sebiji..mahal..Tapi xpe lah..niat aku juga nak membantu serba sikit makcik yang menjual kat pasar labuan ni. Hari ni bermulalah ujian aku keatas inkubator yang menggunakan bahan murah..
Ni pic yang aku kongsikan selepas memasukkan 20 biji telur kedalam inkubator ni. Macam biasa,
- Telur tu hendaklan dibersihkan menggunakan kain kesat ataupun kertas pasir halus.
- Pastikan suhu inkubator mencecah antara 37 ke 39 sebelum memasukkan telur2 kedalam inkubator.
- Pastikan ada air dalam bekas air untuk menstabilkan kelembapan inkubator.
After a week, saya akan scan sume telur tu. Hanya telur yang ada potensi menetas sahaja akan terus dibiarkan dalam inkubator tu..
Ni gambar selepas memasukkan thermometer dan 20 biji telur kedalam inkubator..





No comments:
Post a Comment