Percubaan menghasilkan inkubator
Selepas meneliti beberapa perkara, maka blog Zul Ayam Kampung Farm ini dihasilkan bagi tujuan berkongsi maklumat dan pengalaman berkenaan ternakkan ayam kampung. Untuk pertama kalinya saya berkongsi pengalaman ini dan berharap blog ini berguna kepada semua..
Percubaan menghasilkan inkubator pada
kos terendah tapi kualiti yang agak memuaskan
Barang yang diperlukan,
- Kotak A4 paper
- kabel 1.5mm (3m)
- Male socket
- Bulb Holder
- Bulb 250W
- Bekas plastik
- Lighting regulator (dimmer)
Hasil kerja dalam 2 hari seperti dibawah.
Gambar Tambahan
Tidak perlu membeli inkubator yang mahal kerana inkubator semurah ini memenuhi keperluan asas sebuah inkubator. keperluan asas untuk menghasilkan sebuah inkubator,
- Suhu: Suhu yang terhasil dari bulb 250W menghasilkan suhu 37.5C-39.5. Regulator boleh dilaras sekiranya suhu berkurang atau berlebih dari kadar suhu 37.5C-39.5
- Kelembapan: Bekas berisi air membantu meningkatkan kelembapan dalam ikubator. Pastikan Air sentiasa ada di dalam bekas.
- Kebersihan: Pastikan inkubator sentiasa bersih. Cuci tangan dengan bersih sebelum memegang inkubator untuk mengelakkan kuman berbahaya.
- Pengudaraan. Lubang pada kotak membantu pengudaraan dalam inkubator tersebut. Lubang itu tidak boleh terlalu besar dan terlalu kecil. Pastikan tiada serangga seperti semut masuk ke dalam inkubator tersebut kerana boleh mengganggu proses penetasan telur.
Inkubator ini masih belum diuji sepenuhnya. Saya akan update selepas tamat ujian keatas inkubator ini...Thanks kerana sudi membaca blog ini...



No comments:
Post a Comment