Saturday, 26 April 2014

Ujian Perniagaan, mengajar aku erti ketabahan..


Sedih bila kenangkan kedai terpaksa di tutup kerana tiada pekerja. Bukan senang nak cari pekerja yg boleh di percayai skrg..Dh Hampir 2 bulan kedai tutup. Aku masih belum bersedia untuk behenti kerja. Takut tersalah langkah..Sume ni bagi aku dugaan untuk berjaya dalam hidup. Yang penting jgn terus mengalah..teruskan usaha..fikir strategi yg terbaik..

Sekarang kedai tu dlm proses ubah suai. aku dh dpt senarai supplier kerepek dan jeruk.. harga mmg okey. cume sekarang kene fikirkan mn nk cr pekerja..Kat dalam kedai aku akan letak jeruk dan kerepek..kat luar kedai aku akan letak stall kueh dan air kelapa..\

Ade org pernh kata, Mulakan berniaga, nanti akan rmi org dtg tuk promosi barang diorg.. Mule2 jer kt sush nk cr pe nk jual..

Aku kene brani..Paling awal aku boleh mulekan perniagaan dlm bulan 11 2014 ni..Insyaallah..Cume kene brani, kene ade mentor, ilmu dan laksanakan dengan berterusan..

Kene brani bersusah klu nk bersenang..
Kene brani menyerang klu nk menang.

Banyk sejarah orang senang hr ni bermula dri susah.. Seorang penggunting rambut bergelar jutawan hr ni, padahal die hanya bermula perniagaan gunting rambut di bawah pokok..

Dalam perniagaan xde yang mustahil..

Aku juga ade impian mcm tu. Semoga impian aku juga akan tercapai satu hr nanti untuk mempunyai satu bisnes yang kukuh..Mudah mudahan insyallah..

Saturday, 23 November 2013

Mula Mendaftar Perniagaan..


Alhamdulillah hari perniagaan berjaya di daftarkan atas nama SifaSyukur Enterprise. Dalam masa yang sama saya telah membeli sebuah Gerai di kendung Negeri Sembialn. Saya bercadang untuk memulakan perniagaan kecil kecilan di gerai tu. Target first bisnes nk buka gerai pisang goreng panas kuah kicap...

Buat masa sekarang saya sedang mencari 2 orang pekerja yang boleh menguruskan gerai tu. Saya juga masih dalam usaha mencari resepi terbaik menyediakan pisang goreng, kuah kicap, sos popia, sos keropok lekor dan mencari supplier karipap. target date untuk memulakan perniagaan ialah 15 Dec 2013.

Saya masih belum boleh untuk melepaskan kerja sekarang kerana gaji saya akan di gunakan untuk menampung gaji pekerja and as a contingency plan if any unexpected happen in future...

Ni banner yang saya dh design dan akan di publish di kawasan gerai saya nanti...




Saya akan update selepas gerai ini di buka nanti...Tungguuuuuuuuu :)

Thursday, 24 October 2013

Telur Menetas..

Total telur ayam yang menetas ialah 7 ekor..last week saya tggalkan ayam tu sbb kene g outstation ke Kota Kinabalu selama 4 hari..ms kat KK ttbe kwn call inform ayam mati 3 ekor..x taw punca ayam tu mati..remaining 7 telur x menetas g..saya pecahkan 7 biji tu sbb dh over due date. Result seperti di bawah

Ayam yang berjaya dihasilkan dari inkubator

Remaining 7 biji yang telah dipecahkan. 1 biji kosong. lagi 6 biji mati dalam telur. Mungkin sbb faktor suhu lebih 39C..




Saturday, 12 October 2013

Telur Menetas..

Pertamanya saya nak mintak maaf sebab x dpt x update blog ni sbb terlalu busy dengan kerja.
Alhamdulillah tepat lepas 18 hari iaitu 11/10/13 anak ayam pertama menetas. masa tu saya kene outstation..saya sgt happy bila kwn msg inform telur ayam dh menetas..Mcm x percaya..tp itulah hasilnyer menggunakan "inkubator cap ayam"..Ni pic anak ayam yg baru menetas..Bulu masih basah..


Ni plak pic 11/10/13..jumlah telur menetas 3 ekor..Mula2 tu saya agak takut sebab anak ayam yang baru menetas sgt lemah..sy rs chances untuk anak ayam tu hidup tipis..Tapi rupanya itu mmh comman condition anak ayam yg baru menetas..ni de beberapa pic anak ayam yang baru menetas dan anak ayam yang telah di pindahkan ke brooder..

















Anak ayam yang mati terjatuh dalam air..


Anak ayam ni lemas dlm bekas air..Ni beberapa faktor yg penting semasa nk fabricate inkubator 


  1. Suhu antara 37-39
  2. Buat lubang untuk pengudaraan
  3. Sediakan bekas air untuk kelembapan
  4. lampu tidak terlalu tinggi dari telur 
  5. Pastikan anak ayam selamat selepas menetas seperti;
  • Tiada serangga seperti semut
  • Anak ayam tidak terdedah kepada bekas air
Saya akan share lagi tentang hasil inkubator ni in the next post..Thanks sumeee kerana sudi membaca..

"Mulakan sesuatu..lakukan ia dengan hebat,,akhiri dengan jaya.."


Tuesday, 24 September 2013

Pajak tanah Sawit

Alhamdulillah.. Hari ni saya berjaya pajak satu tanah sawit..x besar..tapi okeylah untuk permulaan, bnyk yg saya kene belajar..dan klu asyik belajar tanpa praktikal..sush jugak..saya nk blajar mcm2 cara tetang sawit dan saya nk implement kan ilmu tu kat tanah sawit tu.. Kena rajin..usaha..tawakkal,,,insyallah berjaya..kene banyak bersabar..Target dlm masa 2 tahun kene pajak dlm 15 ekar..pastu leh bhnti keje..buat sawit full time. Tapi klu de bnyk masa leh buat several ancillary bisness cam stall buah-buahan..tanam pisang..yang penting rajin dan x mudah berputus asa....

Orang Indonesia cakap..Rugi klu Tinggal di Malaysia tapi x kaya..Orang malayu kita cakap..Duit banyk2 pun bukan leh bawa mati pun..Orang cina ckp..ada duit boleh cerita..xde duit lu angkat kaki pergi..pasal org lain ckp..lu pkir la sendiri..

Saya bosan dah bile dengar anak muda MeLaYu bg mcm2 alasan..mcm2 concern...tapi xde solution and action taken..
Stop bagi alasan...stop berdalih2..stop talking too much..
Bro..you are young..take it as challenge. Dont ever give up..
The reality is ,when talking about business, you cant run from risk, problem and threaten..
face it..fix it and you will get it...

"Mulakan sesuatu..lakukan ia dengan hebat,,akhiri dengan jaya.."



Keluarkan telur yang berdarah 


Hari ni aku terbaca satu blog yang bagitau telur yang kotor terkene darah possibility tuk menetas sgt tipis. Aku keluarkan 2 biji telur ayam kampung yang terkena darah..hari ni hari ke 3..aku pecahkan telur tu..aku nmpak de gumpalan darah kat dua2 telur yang aku pecah tu..cuma silap aku x amik picture masa tu,,aku rasa telur tu boleh menetas klu aku teruskan jer simpan dalam inkubator tu..aku sgt x sabar nk lihat hasil telur tu dalam masa 7 hari..aku nk scan n akan mik pic t..pastu aku akn share dlm blog ni..sekiannnn....

Sunday, 22 September 2013

Terima thermometer dan telur ayam kampong 


Gembira hati bila aku received thermometer 4 hari selepas order. aku de upload gambar thermometer tu kat bawah. Hampir 2 minggu aku tunggu telur ayam kampung..penat..aku dh order telur tu dr seorang makcik ni, after a week die bagitau telur xde stock..hari ini aku nekad tuk cari orang lain yang boleh supply telur ayam kampung pada aku. Alhamdulillah aku dapat beli 20 biji dengan harga RM1.5 sebiji..mahal..Tapi xpe lah..niat aku juga nak membantu serba sikit makcik yang menjual kat pasar labuan ni. Hari ni bermulalah ujian aku keatas inkubator yang menggunakan bahan murah..

Ni pic yang aku kongsikan selepas memasukkan 20 biji telur kedalam inkubator ni. Macam biasa,

  1. Telur tu hendaklan dibersihkan menggunakan kain kesat ataupun kertas pasir halus. 
  2. Pastikan suhu inkubator mencecah antara 37 ke 39 sebelum memasukkan telur2 kedalam inkubator.
  3. Pastikan ada air dalam bekas air untuk menstabilkan kelembapan inkubator.
After a week, saya akan scan sume telur tu. Hanya telur yang ada potensi menetas sahaja akan terus dibiarkan dalam inkubator tu..

Ni gambar selepas memasukkan thermometer dan 20 biji telur kedalam inkubator..